Hasil Pelajar
Karangan
Bahasa Melayu
Karangan
Bahasa English
Karangan
Bahasa Cina
PENDERAAN KANAK-KANAK

Penderaan terhadap kanak-kanak adalah semakin menjadi-jadi. Pada masa kini, penderaan terhadap kanak-kanak telah menjadi salah satu masalah yang semakin serius. Sungguhpun pihak-pihak yang berkenaan telah mengadakan kempen atau mengambil tindakan terhadap orang yang mendera, tetapi peratusan bagi kes penderaan semakin meningkat. Terbuktilah cara ini tidak berapa berkesan. Kenapakah perkara ini boelh terjadi?

Punca-puncanya adalah seperti ibu bapa yang mengalami tekanan emosi atau mental yang begitu teruk. Tekanan emosi yang dihadapi oleh ibu bapa adalah seperti masalah ekonomi atau hilang pekerjaan. Jika kehilangan pekerjaan , ibu bapa tidak dapat menyara keluarga kerana perbelanjaan yang banyak. Masalah-masalah ini telah mengganggu emosi ibu bapa seterusnya menyebabkan mereka melepaskan perasaan tidak puas hati ke atas anak-anak. (Mereka yang tidak berdosa tanpa belas kasihan.) Mereka aanggup memukul anak mereka hingga cedera atau mati.

Selain daripada itu, ibu bapa yang kurang didik agama atau moral juga ialah satu sebab mengakibatkan kes penderaan berlaku. Jika seseorang itu tanpa agama atau moral, mereka selalunya tidak mempunyai perasaan kasih sayang dan tidak percaya kepada balasan daripada Tuhan. Mereka mudah dipengaruhi oleh gejal-gejala yang kurang sihat seperti penagihan dadah, arak dan jud. Gejala-gejala ini akan menyebabkan fikiran seseorang itu tidak waras dan boleh menjadikan seseorang itu kurang siuman. Sekiranya ibu bapa adalah seperti begini, anak-anak mereka akan menjadi mangsa terutamanya anak yang agak nakal.

Di samping itu, keluarga yang porak peranda juga menyebabkan perkara ini berlaku. Keluaraga yang porak-peranda mungkin kerana pergaduhan yang selalu berlaku di antara ibu bapa. Selepas saling bergaduh, ibu bapa ingin melegakan hati mereka sendiri, oleh itu mereka melepaskan perasaan marah terhadap anak-anak mereka sendiri sehingga sanggup menggunkan puntung rokok ataupun seterika untuk mencederakan mereka dari segi fizikal.

Cadangan-cadangan yang boleh diatasi masalah tersebut adalah seperti pihak berkuasa mesti mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengadakan hukuman penjara sepanjang hayat kepada orang yang mendera ataupun semasa menjalankan hukuman penjara, hukuman rotan juga dikenakan kepada mereka.

Selain itu, media massa seperti radio, televisyen atau surat khabar juga memainkan peranan yang penting. Nilai-niali positif seperti bertanggungjawab, kasih sayang, ramah mesra dan sebagainya boleh dipaparkan di dalam surat khabar supaya pembaca boleh mengambil tahu. Cara ini agak berkesan.

Di samping itu, pengwujudan masyarakat penyayang juga boleh menyemai dan memupuk sikap positif kepada ibu bapa ataupun bakal ibu bapa sejak awal. Pengwujudan masyarakat penyayang boleh diadakan melaui ceramah, seminar bengkel atau dari semasa ke semasa.

Sebagai kesimpulan, mengurangkan atau menghapuskan gejala penderaan ialah tanggungjawab bersama. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama antara satu sama lain untuk menangani masalah yang semakin meruncing ini supaya kita boleh hidup denagan aman dan harmoni.

Ng Seou Ling ( 4 Setia )

PEMERGIAN MEMBAWA KEJAYAAN

Setapak demi setapak,
langkah nada kesayuan,
Selangkah demi selangkah,
Ibu bapa serta keluargaku,
Semuanya gembira bercampur sayu.

Pemergianku sungguh bermakna,
Menbawa satu harapan,
Mencari bekalan hidup,
Mencari pengisi hati,
Bersama harapan yang tinggi menggunung.

 

 

Siti Maisarah bt. Harman ( 2 Setia )

Darah dan keringatku,
Akan kujadikan azimat dan bekalan,
dalam mengharungi cabaran,
Liku-liku telah kutempuhi,
Kesabaran hatiku turut diuji,
demi mengejar cita-citaku.

Kini, segulung ijazah di tanganku,
Sungguh bermakna bagi diriku,
Juga keluargaku.
Ya, aku telah berjaya,
Berjaya dalam mengejar cita-citaku.

next