Hasil Pelajar
Karangan
Bahasa Melayu
Karangan
Bahasa English
Karangan
Bahasa Cina
MEMBANTERAS AIDS DAN DADAH
TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"AIDS dan dadah pemusnah bangsa!" dan "Hapuskan AIDS dan dadah!" adalah antara pernyataan-peryataan yang selalu dilaung-laungkan oleh para pemimpin negara kita. Namun begitu, statistik-statistik dan kajian-kajian yang tetap menunjukkan masalah AIDS dan dadah semakin menular tanpa kita sedari. Perkataan "AIDS" dan "DADAH" sering dikaitkan bersama kerana masalah dadah merupakan penyumbang utama kepada AIDS. Tanpa dadah, bermakna kuranglah AIDS.

Menyedarkan hakikat ini, sebagai anggota masyarakat yang semakin diancam oleh masalah AIDS dan dadah, kita perlu berusaha melakukan sesuatu untuk membanteras AIDS dan dadah. Dalam usaha ini semua pihak perlu sama-sama menggemblengkan tenaga dan memikirkan satu formula yang paling berkesan. Remaja merupakan sasaran semua pihak kerana merekalah yang banyak terlibat dalam kes-kes AIDS dan dadah. Mereka merupakan tunggak negara dan penentu masa depan semua bangsa Malaysia.

Perkembangan sahsiah para ramaja pada peringkat awal usia mereka amat penting. Keberkesanan langkah ini amat bergantung pada ibu bapa yang menjadi nadi penggerak. Pepatah ada menyebut, "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya", sekiranya seorang kanak-kananak itu diasuh dan dididik dengah cara yang positif sejak kecil, dia tnetu dapat memdisplinkan diri apabila dewasa kelak. Peluang untuk mereka terlibat dalam kegiatan menagih dadah dan menghidapi penyakit AIDS sangat tipis.

Pendidikan agama juga tidak kurang pentingnya. Kita telah maklum bahawa semua agama tidak membernarkan masalah AIDS dan dadah berlaku. Didikan agama yang mencukupi membolehkan seseorang itu mengelakkan daripada masalah AIDS dan dadah. Pernyataan ini jelas terbukti kerana hampir semua orang yang berpengetahuan luas dalam agama dapat menghalang kedud-dua AIDS dan dadah daripada mendekati mereka.

Untuk memastikan najis dadah serta penyakit AIDS tidak merebak di negara kita, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang tertentu seperti akta di bawah seksyen39(b), Akta Dadah Berbahaya 1975. Hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup sedikit sebanyak dapat menakutkan mereka yang ingin mengedar dadah. Dengan ini, bilangan penagih dapat diminimumkan. Penyakit bukan setakat tanggungjawab pihak kerajaan dan ibu bapa sahaja, tetapi juga memerlukan kerjasama dan sokongan pihak swasta. Banyak langkah positif yang boleh diambil, mislalnya, mengadakan kempen kesedaran, memaparkan iklan-iklan tentang bahayalah dadah dan AIDS, serta pemberian ceramah. Semua ini patutu dititikberatkan.

Sebenarnya dalam usaha menghalang masalah-masalah ini daripada terus berleluasa, kita tidak patut hanya menuding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu ibu bapa para pesalah. Misalhnya, sekiranya kita terserempak dengan penagih-penagih dadah, hulurkanlah tangan kita untuk membantu mereka. Cubalah sedaya upaya untuk melepaskan diri mereka daripada cengkaman dadah. Kita juga patut menasihatkan para remaja supaya menjauhkan diri daripada ancaman AIDS dan dadah. Berfikir sebelum bertindak lebih baik daripada bertindak sebelum berfikir. Kata orang, tepuk dada, tanya selera.

Lai Jun Yi ( 5 Setia )

MEMBANTERAS AIDS DAN DADAH
DADAH MUSUH NEGARA

Dadah merupakan sejenis bahan kimia yang amat berguna dalam bidang perubatan untuk merawat dan melegakan kesakitan. Penyalahgunaan dadah berlaku kerana terdapat segelintir orang yang menyalahgunakannya. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk membanteras penyalahgunaan dadah, namun kegiatan ini semakin berleluasa. Dadah di Malaysia boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk seperti serbuk, cecair dan pil. Contohnya ialah kokain, marijuana, heroin, morfin, LHD dan ganja.

Penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat di negara kita membawa pelbagai kesan negatif terhadap bangsa dan negara. Dadah melibatkan semua golongan masyarakat : golongan tua, remaja dan belia. Kadar penagih dikalangan pelajar sekolah makin meningkat dari tahun ke setahun. Pelajar-pelajar yang menghisap dadah biasanya akan terkandas dalam pelajaran. Mereka mungkin terdedah kepada penagihan dadah daripada pengaruh rakan sebaya. Masa depan pelajar-pelajr ini gelap dan tidak menentu. Ini amat membimbangkan kerana pemimpin pada generasi yang akan datang akan diterajui oleh mereka.

Penagihan dadah di kalangan golongan dewasa memungkinkan porak-perandanya rumah tangga dan seterusnya membawa kepada perpecahan dalam keluarga. Ibu bapa yang terlibat dengan penagihan dadah ini tidak akan menjadi seorang ibu atau bapa yang baik. Mereka akan mengabaikan anak-anak mereka. Mereka tidak bekarja untuk mencari nafkah. Mereka yang diharapkan untuk mencari seseuap nasi tidak mampu berbuat demikaian kerana semua wang yang diperolehi akan digunakan untuk mendapatkan dadah, biasanya akan melahirkan anak yang cacat atau terencat akal.

Golongan pekerja yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah mengakibatkan mereka tidak produktif semasa menjalankan tugas. Penagih-penagih ini kerap melakukan kesalahan dan kecuaian. Kecuaian yang mereka lakukan ini mungkin membahayakan. Akhirnya, mereka akan dipecat dan kehilangan pekerjaan. Merka akan susah mendapat pekerjaan yang lain. Ini akan membantutukan pembangunan ekonomi negara kerana kadar pengangguran semakin meningkat.

Penagih-penagih dadah mempunyai taraf kesihatan mental yang rendah. Ada di antara mereka yang mudah hilang pertimbangan. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk jenayah untuk mendapatkan dadah. Contohnya snaggup mencuri, merompak, memeras ugut, malacur dan sebagainya. Mereka tidak memikirkan keluarga mereka. Mereka sering di cemuh. Keadaan negara tidak aman dan tenteram.

Sebagai akibat penagihan dadah, penagih mudah dijangkiti penyakit berbahaya. Wabak AIDS semakin meningkat dalam masyarakat. Salah satu punca penyakit AIDS datangnya daripada penagih-penagih lain yang dijangkiti juga meningkat. Ini membimbangkan kerajaan kerana pusat-pusat pemulihan dipenuhi dengan penagih-penagih dadah.

Negara akan mengalami pelbagai masalah sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial dan pelabur akan berkurangan. Keadaan dalam negara akan menjadi tidak terkawal dan tidak aman. Anasir-anasir jahat tidak akan melepaskan peluang untuk melemahkan negara. Imej negara terjejas. Ini menyebabkan para pelancong semakin berkurangan.

Kesimpulannya semua pihak harus menggembleng tenaga untuk mencegah berlakunya keadaan yang tidak diingini berlaku dari awal lagi. Kerajaan harus mengetatkan undang-undang. Masyarakat harus prihatin terhadap masalah yang melanda ini.

Ng Jou Yin ( 5 Setia )

INDUSTRI PELANCONGAN DI NEGARA KITA
MENDATANGKAN LEBIH BANYAK KEBAIKAN
DARIPADA KEBURUKAN

Apakah pelancongan itu? Menurut Kamus Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, pelancongan bererti hal-hal mengenai pelancongan atau darmawista, kata "mendatangkan" dalam tajuk ini mempunyai maksud mengakibatkan dan menyebabkan, maksud "kebaikan" ialah faedah atau manfaat manakalah maksud "keburukan: dalam konteks tajuk perbahasan ini ialah satu yang tidak baik. Mengapa saya katakan pelancongan banyak mendatangakan faeadah? Antara yang nyata ialah :

Dari segi ekonomi, pendapatan negara dapat dipertingkat melalui pengaliran masuk wang asing ke negara kita. Melalui tafsiran, didapati bahawa jumlah keuntungan yang diperoleh daripada industri pelancongan meliputi sebahagian besar jumlah pendapatan Malaysia.Malahan, daripada tindakan para pemimpin negara melaung-laungkan rakyat supaya bantu menggalakkan industri ini, kita dapat lihat peri pentingnya sektor ini sebagai industri tertier yang paling utama di Malaysia.

Selain itu, industri pelancongan dapat meningkat permintaan terhadap barangan setempat seperti hasil-hasil kraftangan dan seramik. Barangan buatan Malaysia amat menarik hati para pelancong keana ciri-cirinya yang unik dan harganya yang murah. Kebanyakan barangan keluaran industri dasa adalah untuk pasaran pelancong asing. Ini dapat menghidupkan industri dasa yang dijalankan secara kecil-kecilan. Secara tidak langsung, pendapatan penduduk ditingkatkan. Ini menyebabkan taraf hidup rakyat meningkat.

Industri pelancongan dapat menyemaikan perasaan cinta akan negara di kalangan rakyat. Di samping ini, rakyat akan mengenali Malaysia dengan lebih mendalam. Rakyat akan sedar bahawa negara mereka sendiri jauh lebih baik daripada negara lain. Ini menggalakkan mereka melancong dalam negara sendiri. Selain itu, mereka akan sentiasa bersopan dan menjaga kebersihan persekitaran ketika berada di luar untuk menjaga nama baik negara. Mereka juga bersedia menerima kunjungan pelancong bila-vila masa sahaja.

Industri pelancongan bukan sahaja dapat mewujudkan peluang pekerjaan tetapi juga mempercepatkan pemindahan teknologi tinggi ke negara kita. Dengan adanya industri pelancongan, industri tertier turut berkembang. Untuk memajukan industri pelancongan, banyak perbadanan telah ditubuhkan seperti Perbadanan Kemajuan Pelancongan (TDC). Penubuhanperbadanan ini telah mengurangkan kadar pengangguran yang kian meningkat di negara kita. Bukan setakat itu sahaja, industri pelancongan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia. Usaha-usaha diperbanyakkan untuk mempromosikan industri ini seperti mengadakan kempen dan mengedarkan risalah tentang keistimewaan-keistimewaan di Malaysia. Ini membuka mata pelancong-pelancong dari negara Eropah dna Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia. Ini juga meyakinkan negara-negara lain tentang kemampuan negara seperti politi yang sosial, ekonomi yang kukuh dan masyarakat yang murni.

Daripada apa yang saya terangkan, kita dapat tahu banyak faedah yang boleh diperolehi negara kita melalui industri pelancongan. Sebaliknya, hanya sedikit keburukan yang timbul yang boleh diselesaikan jika berusaha. Oleh itu, tajuk yang menyatakan industri pelancongan di negara kita mendatangkan lebih banyak kebaikan daripada keburukan merupakan pernyataan yang tepat.

Lim Siaw Ling ( 5 Setia )

MASALAH LEPAK SEMAKIN MENJADI-JADI

Menurut Kamus Dewan, definisi "lepak" adalah tidak membuat sebarang kerja. Masalah lepak merupakan salah satu masalah yang terbersa kepada negara kita. Remaja-remaja pada masa sekarang suka melepak di kompleks-kompleks membeli-belah, tepi jalan dan restoran makanan. Mereka sanggup membazirkan wang dan masa begitu sahaja walaupun inilah masa bagi mereka untuk belajar bersungguh-sungguh. Mereka tidak mementingkan pelajaran mereka dan sebahagian daripadanya jatuh ke lembah maksiat. Ini mengakibatkan kes-kes jenayah di negara kita semakin bertambah terutamanya kes merompak. Hampir daripada separuh ini adalah golongan remaja.

Masalah lepak adlah berpunca daripada ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pergerakan anak mereka. Sebagai ibu bapa, mereka perlu sedar bahawa tanggungjawab mereka adalah membesarkan anak dan menjaga mereka dengan sempurna. Tetapi, ibu bapa sekarang hanya mementingkan pekerjaan dan mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tidak mengawal tinkah laki anak-anak mereka di luar sekolah. Mereka selalu menganggap menjaga anak mereka adalah tanggungjawab guru. Ini menyebabkan ibu bapa tidak meluangkan masa untuk berhubung mesra dengan anak mereka. Akibatnya, anak-anak mereka tidak menghormati ibu bapa dan melarikan diri dari rumah.

Selain itu, hasutan kawan-kawan juga merupakan faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Remaja-remaja yang suka melepak seperti di disko, ktv, pusat snoker dan lain-lain mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang berniat jahat. Mereka diasuh untuk meminum arak, menagih dadah dan menghisap rokok. (Mereka memerlukan wang yang lebih). Oleh itu, remaja-remaja yang berhenti sekolah dengan awal akan melakukan segala saja untuk mendapatkan wang yang mencukupi. Akibatnya mereka mungkin merompak, mencuri dan mengugut. Ini menyebabkan budaya lepak dan bohsia di negara kita semakin menjadi-jadi. Bohsia adalah dilarang di negara kita.

Cara mengatasi masalah lepak adalah ibu bapa patut meluangkan masa untuk mengambil berat dengan anak. Mereka perlu memberkan kasih sayang kepada anak-anak untuk mengeratkan perhubungan antara ibu bapa dengan anak. Anak-anak harus deasuh dan dididik dengan baik. Ajaran agama perlu disemai sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa harus memberi contoh yang baik kepada anak-anak.Anak-anak perlu sedar bahawa tanggungjawab sebagai seorang anak asalah menghormati ibu bapa dan mendengar nasihat mereka.

Di samaping itu, peranan sekolah harus dimainkan dengan baik. Sekolah perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat supaya pelajar tidak menghabiskan masa diluar. Aktiviti-aktiviti ini adalah seperti badan beruniform, permainan dan kelas tambahan. Aktiviti seumpama ini dapat menyekat pelajar melepak di tepi jalan pada waktu petang. Guru perlu member kerja rumah yang lebih kepada pelajar. Ini buaka sahaja dapat membantu pelajar memahami lagi apa yang diajar oleh guru, tetapi juga sebagai satu latihan pengukuhan. Kerajaan harus mengadakan kempen-kempen pendidikan dan program-program yang berkaitan dengan pelajaran.

Kesimpulannya, kerajaan perlu memandang perkara ini dengan serius. Ini akan memberi kesan yang buruk terhadap negara kita yang ingin mencapai wawasan 2020. Negara kita sedang pesat membangun dan memerlukan banyak bakal-bakal yang berkebolehan dalam pembangunan negara. Remaja-remaja yang sebagai tunggak kerajaan perlu mencari ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk berkhidmat dengan negara.

Yong Chong Han ( 5 Setia )

GURU BERKESAN PENDIDIKAN CEMERLANG

"Guru Bestari Sekolah Gemilang" merupakan tema Hari Guru tahun lepas. Ini, "Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang" telah dijadikan sebagai tema tahun ini, tahun1999. Pada pendapat saya, guru yang saya anggap sebagai golongan yang berbudi serta berjasa kepada saya mahupun masyarakat ibarat penentu masa depan negara!......Tanpa mereka......tanpa kita yang bakal mengambil alih pentadbiran negara iaitu bakal pemimpin negara. Sesebuah negara akan menjadi mundur sekiranya negara tidak mempunyai pemimpin yang berpendidikan, bermoral dan sebagainya......Bagaimana pula pemimpin itu berpendidikan dan bermoral? Cuba bertanya kepada diri sendiri! Adakah kita ini masih mengingati para pendidik selepas kita mencapai kejayaan? Para pemimpin menjadi begitu pandai dan bermoral adalah hasil titik peluh para pengajar. Oleh sebab itulah, Hari Guru diadakan untuk mengenangi jasa dan sumbangan mereka malangnya kebanyakan orang tidak akan mengingati guru-guru mereka setelah mereka mencapai kejayaan. Tambahan pula, ada yang langsung tidak menghargai sumbangan para pendidik.

Telah banyak kali dibincangkan akan peranan guru dalam pendidikan. Pendidikan pula sering dikaitkan dengan aspek pembangunan negara dan masyarakat. Dalam setiap perbincangan itu dikatakan bahawa guru memainkan peranan yang penting. Kepentingan peranan para pendidik itu memang tidak dinafikan kerana masyarakat perlu melalui sistem pendidikan yang diberikan oleh para pengajar. Oleh sebab itu, peranan guru adalah sangat besar di mata masyarakat. Maka masyarakat meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada gutu dan sekolah atau pendidikan sehingga diharapkan yang pendidikan itu mampu mengubat segala macam penyakit masyarakat, contohnya penyakit melepak.

Peribahasa "Guru kencing berdiri, murid kencing berlari" sering kita dengar. Peribahasa ini membawa makna kelakuan dan tingkah laku dan perangai mereka kerana murid-murid merupakan bayang-bayang kedua mereka. Para pengajar telah dijadikan teladan kepada murid-murid mereka.

Kedudukan guru-guru sentiasa disanjung tinggi sekiranya mereka menjalankan tugas sebagai pendidik yang dedikasi serta menjadi penggerak generasi yang akan datang kepada kemajuan. Sebaliknya kegagalan guru-guru dalam usaha mereka mendidik ini akan menjadi bahan cemuhan dan dipandang rendah. Sejak kebelakangan ini kita mendapati bahawa akibat tekaan dan harapan yang melewati tugas profesion perguruan, ada sesetengah guru yang melupakan dan mencuaikan tugas-tugas dan tanggungjawab yang asas, sebagai pendidik. Malahan mereka tidak dapat menjalankan tugas sebagai "pengajar yang sempurna"

Pendek kata, guru-guru tidak boleh memisahkan diri daripada masyarakat kerana pendidikan formal sekolah itu adalah satu alat pemasyarakat; hasil pendidikan guru akan secara tidak langsung membabaitkan pencapaian kejayaan negara. seseorang ahli profesion yang berdedikasi, khususnya dalam profesion perguruan, hendaklah menjaga peranan mereka masing-masign. Dia perlu memikir dan melindungi profesionnya. Profesion itu perlu dijaga dengan tujuan memperbaiki amalan-amalan yang berkaitan dengan profesion itu. Di samping itu memikirkan hal itu, dia perlu juga sentiasa merancang apakah yang bakal atau harus dilakukan supaya langkah-langkah yang diambil itu tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif. Selain itu guru-guru juga perlu bersikap bestari, cerdik, pintar, sentiasa bersedia dan bermoral tinggi. Guru berperanan sebagai fasilitator. Mereka perlu bersedia untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Peranan guru agak berbeza apabila berhadapan dengan pelajar yang berlainan tahap kecerdasannya. Guru perlu mendekati pelajar tertentu, terutama yang agak lemah dan bermasalah. selain itu, guru juga berperanan sebagai tempat rujukan dan pendorong kepada pembelajaran pelajar walaupun bukan dalam jadual waktu formal. Para pendidik perlu memberi tunjuk ajar atau bimbingan mahupun pendidikan secara konvensioanl, terutamanya pelajar yang pencapaiannya rendah dan lembab. Pelajar juga memerlukan motivasi, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru. Selain itu pelajar juga diajar oleh guru supaya sentiasa bermoral. Pendidikan moral bukan sahaja diajar oleh ibu bapa tapi para pengajar memainkan peranan jua. Pelajar kini diajar untuk mendatangkan kebaikan kepada negara. Misalnya, kegawatan ekonomi yang kini dihadapi oleh negara kita , kita perlu berfikir untuk mencari peluang lain untuk membaik pulih keadaan tersebut. Tambahan pula, negara kita telah menentukan arah tujunya untuk melangkah ke arah zaman informasi, maka peranan guru-guru lebih dititik beratkan lagi dan tanggungjawab mereka menjadi lebih berat. dalam dunia pekerjaan sekaran, gred pencapaian peperiksaan masih diberi keutamaan. Maka jelas sekali terbuktilah betapa pentingnya peranan yang dimainkan oelh pendidikan dalam dunia ini.

Sistem pendidikan dianggap sebagai suatu alat untuk mencapai perpaduan dan menghapuskan polarisasi kaum. Maka sekali lagi terbukti bahawa sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam masyaralat kita ini. Pendidikan yang cemerlang dapat menyemaikan nilai cinta kepada negara di kalangan anggota masyarakat. Selain itu insan yang berdisiplin dan beradab sopan dapat dibentuk melalui penerapan nilai-nilai yang mulia dan merni. Berhubungan itu, masyarakat dapat juga menghindarkan diri daripada tercemar oleh gejala negatif. Masyakat yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan untuk mencapai kebahagian diri sendiri serta memberikan sumbangan kepada negara kita yang kini menghadapi kegawatan ekonomi. Semakin ramai yang mendapat pendidikan. Maka, masyarakat lebih berkemanusiaan serta produktif lalu taraf hidup boelh ditingkatkan dan negara boleh menjadi lebih maju.

Sebagai kesimpulan, mengurangkan atau menghapuskan gejala penderaan ialah tanggungjawab bersama. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama antara satu sama lain untuk menangani masalah yang semakin meruncing ini supaya kita boleh hidup denagan aman dan harmoni.

Sistem pendidikan dianggap sebagai suatu alat untuk mencapai perpaduan dan menghapuskan polarisasi kaum. Maka sekali lagi terbukti bahawa sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam masyaralat kita ini. Pendidikan yang cemerlang dapat menyemaikan nilai cinta kepada negara di kalangan anggota masyarakat. Selain itu insan yang berdisiplin dan beradab sopan dapat dibentuk melalui penerapan nilai-nilai yang mulia dan merni. Berhubungan itu, masyarakat dapat juga menghindarkan diri daripada tercemar oleh gejala negatif. Masyakat yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan untuk mencapai kebahagian diri sendiri serta memberikan sumbangan kepada negara kita yang kini menghadapi kegawatan ekonomi. Semakin ramai yang mendapat pendidikan. Maka, masyarakat lebih berkemanusiaan serta produktif lalu taraf hidup boelh ditingkatkan dan negara boleh menjadi lebih maju.

Akhirnya negara yang menginginkan kemajuan memerlukan sistem pendidikan yang cemerlang. Pendidikan merupakan asas pembangunan sesebuah negara. Manakala sistem pendidikan yang cemerlang memerlukan para pengajar yang mendidik dengan berkesan. Profesion perguruan merupakan sesuatu yang mulia. Tanpa guru......tanpa pendidikan......maka sesebuah negara itu tidak akan maju. Para pendidik seharusnya diberi penghormatan dan penghargaan yang lebih berat serta membanggakan. Kesimpulanny, guru berkesan maka cemerlang, dan seterusnya negara maju dan gemilang. Dunia ini tidak kehilangan profesion perguruan ini. Guru boleh dikatakan sebagai ibu bapa yang kedua kepada dunia ini. Jasa dan sumbangan mereka akan kita sanjungi, kenangi dan ingati seumur hidup. Tanpa mereka, kita tidak akan berilmu pengetahuan dan berkemahiran. Oelh itu, ucapan ribuan terima kasih kita ucapkan kepada para pendidik sedunia.

Lim Yee Kai ( 5 Setia )

DADAH MUSUH NEGARA

Dadah ialah satu bahan yang apabila dimakan atau dimasukkan ke dalam badan dengan apa cara akan mengakibatkan ketagihan dan gangguan kesihatan. Dadah ada dalam pelbagai bentuk seperti pepejal dan cecair. Dadah meliputi ganja, candu, heroin, morfin, dan sebagainya.

Dadah umumnya memang mempunyai banyak faedah dalam bidang perubatan. Hampir keseluruhan pil perubatan moden mengandungi dadah. Dadah menjad bahaya yang ngeri dan membahayakan manusia apabila disalahgunakan. Salahguna ini boleh menjejaskan seseorang penagih dan merosakkan jasmani dan rohaninya.

Masalah utama bagi kita ialah dadah yang menjadi musuh pembangunan negara. adah telah dikenali oleh seluruh dunia sebagai najis dadah. Dalam menghadapi proses pembangunan negara tenaga belia adalah amat diperlukan. Mereka adalah golongan yang menjadi jentera penggerak kerajaan ke arah kemakmuran. Pihak daripada goongan belia yang berusia di antara 19 hingga 35 tahun. Masalah ini amat membimbangkan.

Golongan belia sangat penting dalam pembangunan negara dan keamanan negara kita pada masa depan. Pengaruh dadah tidak mengenal status, yakni tidak dikecualikan sama asa pelajar atau pegawai juga terlibat dengan dadah. Penyalahgunaan dadah disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah rasa ingin mencuba dan sebab-sebab lain. Untuk memajukan sesebuah negara memerlukan rakyat yang sihat dari segi fizikal dan fikiran. Ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan memberitahu anak-anak mereka bahawa begitu bahaya dadah.

Dalam masa kita memerangi dadah sebagai musuh utama negara, ada golongan subversif mengambil kesempatan untuk melemahkan sistem pentadbiran negara. Sesebuah negara musuh, seluruh rakyat akan terjerumus ke kancah kehidupan yang langsung tidak mempunyai pedoman dan landasan perjuangan. Dadah telah meninggalkan kedan buruk kepada kita semua. Pelajar yang menghisap dadah terkandas dalam pelanjaran. Ini telah menghancurkan masa depan mereka. Golongan pekerja yang terlibat dalam pengyalahgunaan dadah mengakibatkan mereka tidak produktif. Terdapat penagih sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk merompak, mencuri dan sebagainya.

Kerajaan telah berusaha membasmi penyalahgunaan dadah. Dadah mengancam keselamatan, kesihatan dan imej negara. Kejayaan membanteras dadah adalah di tangan kita. Cegahlah sebelum parah.

Chia Su Chen ( 5 Setia )

next